Tuesday

Universiti Malaysia Perlis


Moto:
"Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan"
Ditubuhkan pada:
2001
Jenis:
Awam
Canselor:
Raja Muda Perlis - Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Naib canselor:
Kol. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin
Lokasi:
Kangar dan Arau, Perlis, Malaysia
Kampus:
Kampus utama di Kubang Gajah, Arau
Laman sesawang:
www.unimap.edu.my

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan. Sebelum ini universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (bahasa Inggeris: Northern Malaysia University College of Engineering).

Universiti Malaysia Perlis ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-17 pada 25 Julai 2001.Aktiviti dan pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Rektor dan Timbalan Rektor pada 16 Februari 2002.

Pada 2 Mei 2002 UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik 2002/2003 seramai 116 orang pada 20 Jun 2002.

Mulai 1 Februari 2007 KUKUM telah menukar namanya ke UniMAP.

Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh ,Perlis seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh berdekatan Padang Besar seluas lebih kurang 300 ekar.Kampus sementara kini beroperasi di Kubang Gajah , Jejawi , Automart(Kuala Perlis), Taman Muhibbah , Bangunan KWSP Kangar, Dewan Kapitol, Kangar manakala Kolej Kediaman adalah di Kampong Wai, Senerang Ramai, Taman Semarak, Wang Ulu dan Taman Aman.

Canselor UniMAP yang pertama adalah Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dilantik pda 1 September 2003.Rektor pertama UniMAP ialah Kol. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin manakala Timbalan Rektor UniMAP ialah Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff. Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UniMAP ialah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain.

Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara lab-intensive bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf.

Anjung UniMAP
Anjung UniMAP adalah pejabat perwakilan UniMAP yang pertama beroperasi di luar kampus induknya yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan. Anjung KUKUM berperanan sebagai Pusat Komunikasi Setempat (One Stop Communications Centre).

Penubuhan Anjung UniMAP telah diputuskan melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali ke 6 yang bermesyuarat pada 7 September 2004 yang melihat kepada kepentingan dan keperluan UniMAP mempunyai sebuah pejabat perwakilan di bandaraya Kuala Lumpur.

Anjung UniMAP mula beroperasi pada 1 April 2005. Bandaraya kosmopolitan Kuala Lumpur dipilih bagi lokasi Anjung UniMAP kerana kedudukan yang strategik, berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas.

Ia menjadi pusat tumpuan bagi segala kegiatan khususnya di dalam bidang politik, pendidikan, penyelidikan, ekonomi, hubungan pengantarabangsaan, pelancongan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya.

Jurusan Yang Ditawarkan
Sehingga kini UniMAP menawarkan 20 jurusan Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan kejuruteraan dan 2 jurusan berkaitan perniagaan. Jurusan-jurusan tersebut ialah:
• Pusat Pengajian Mikroelektronik
1. Kejuruteraan Mikroelektronik
2. Kejuruteraan Elektronik
3. Kejuruteraan Fotonik

• Pusat Pengajian Komputer dan Perhubungan
1. Kejuruteraan Komputer
2. Kejuruteraan Perhubungan
3. Kejuruteraan Rangkaian Komputer

• Pusat Pengajian Mekatronik
1. Kejuruteraan Mekatronik
2. Kejuruteraan Mekanikal
3. Kejuruteraan Elektronik Perubatan

• Pusat Pengajian Sistem Elektrik
1. Kejuruteraan Sistem Elektrik
2. Kejuruteraan Elektronik Industri

• Pusat Pengajian Pembuatan
1. Kejuruteraan embuatan
2. Kejuruteraan Rekabentuk Produk

• Pusat Pengajian Bahan
1. Kejuruteraan Bahan
2. Kejuruteraan Metalurgi
3. Kejuruteraan Polimer

• Pusat Pengajian Bioproses
1. Kejuruteraan Bioproses
2. Kejuruteraan Biosistem

• Pusat Pengajian Alam Sekitar
1. Kejuruteraan Alam Sekitar
2. Kejuruteraan Bangunan

• Pusat Pengajian Perniagaan
1. Perniagaan Antarabngsa
2. Keusahawanan Kejuruteraan

UniMAP juga menawarkan jurusan kejuruteraan peringkat diploma,Sarjana dan Doktor Falsafah iaitu:
1. Doktor Falsafah
• Sarjana Sains
1. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mikroelektronik)
2. Sarjana Sains (Kejuruteraan Komputer)
3. Sarjana Sains (Kejuruteraan Perhubungan)
4. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekatronik)
5. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal)
6. Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektronik Pembuatan)
7. Sarjana Sains (Kejuruteraan Pembuatan)
8. Sarjana Sains (Kejuruteraan Rekabentuk Produk)
9. Sarjana Sains (Kejuruteraan Sistem Elektrik)
10. Sarjana Sains (Kejuruteraan Bahan)
11. Sarjana Sains (Kejuruteraan BIoproses)
12. Sarjana Sains (Kejuruteraan Alam Sekitar)
13. Sarjana Sains (Kejuruteraan Polimer)

• Diploma Kejuruteraan
1. Kejuruteraan Mikroelektronik
2. Kejuruteraan Komputer
3. Kejuruteraan Mekatronik
4. Kejuruteraan Elektrik
5. Kejuruteraan Pembuatan
6. Kejuruteraan Metalurgi

Kolej Kediaman
1. KKA - Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman, terletak di Taman Aman, Kangar
2. KKB - Kolej Kediaman Tun Abdul Razak, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
3. KKC - Kolej Kediaman Tun Hussein Onn, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
4. KKD - Kolej Kediaman Tun Dr. Mahathir, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
5. KKE - Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, terletak di Taman Semarak, Kuala Perlis
6. KKF - Kolej Kediaman Tun Ghaffar Baba terletak di Seberang Ramai, Kuala Perlis
7. KKG - Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, terletak di Wang Ulu

Institut
• Institut Matematik Kejuruteraan
• Institut Kejuruteraan Nano Elektronik

Pusat Pemantapan Akademik
• Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan
• Pusat Kerjasama Industri
• Pusat Kejuruteraan
• Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi
• Perpustakaan
• Unit Pengajaran & Pembelajaran

Jabatan
Di Universiti Malaysia Perlis, terdapat tujuh jabatan utama yang menjalankan tugas dalam memastikan kelancaran pengurusan dan pentadbiran universiti ini. Jabatan – jabatan tersebut ialah Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Jabatan Perpustakaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pembangunan dan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Universiti Malaysia Pahang


Moto:
Technology Engineering Creativity
Ditubuhkan pada:
16 Februari 2002
Jenis:
Universiti Awam
Canselor:
KYDM Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah
Naib canselor:
YH Profesor Dato' DR. Daing Mohd Nasir bin Daing Ibrahim
Pelajar:
6000 siswazah(sekurang-kurangnya)
Lokasi:
Kuantan, Pahang, Malaysia
Kampus:
Gambang
Nama singkatan:
UMP
Penggabungan:
ASAIHL
Laman sesawang:
http://www.ump.edu.my/

Universiti Malaysia Pahang (Inggeris: University of Malaysia Pahang) (UMP) merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Dahulunya universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia(KUKTEM).

Sejarah
Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM. KUKTEM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-16 yang diwartakan pada 16 Februari 2002 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Atas arahan Kementerian Pendidikan, kampus UTM-KCP telah diambil alih dan dijadikan kampus sementara KUKTEM pada 1 Mei 2002 dan memulakan Sesi Akademik 2002/2003 dengan mengambil seramai 307 orang pelajar pada 30 Mei 2002.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.

Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Walaupun telah bertukar nama, bidang fokus utama universiti dan program pengajian serta enrolmen tidak berubah mengikut matlamat tujuan penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pelajar. UMP turut mengekalkan bidang-bidang yang difokuskan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .

Fakulti
1. Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
2. Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian
3. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
4. Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
5. Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam
6. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi
7. Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Pusat Kecemerlangan
1. Pusat Pengajian Bahasa Moden & Sains Manusia
2. Pusat Pengurusan Teknologi

Kampus Tetap
Lokasi kampus tetap UMP terletak kira-kira empat kilometer dari Kuala Pahang, 7 kilometer dari Bandar Pekan dan 40 kilometer dari Bandar Kuantan. Kedudukannya yang bersebelahan dengan Lagenda Golf Country Club merupakan lokasi yang sesuai dalam suasana santai di pesisir pantai.

Cadangan pembangunannya di atas tanah yang berkeluasan 745 ekar dilakukan secara dua fasa. Kampus tetap UMP dijangka siap pada tahun 2012.

Pada sesi pembelajaran 2009/2010, dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah memulakan pembelajarannya di kampus tetap ini pada minggu ketiga semester. Pembangunan bagi asrama dan bangunan yang lain masih didalam perancangan dan pembangunan

Universiti Malaysia Kelantan


Moto:
Entrepreneurship is Our Thrust
Ditubuhkan pada:
2006
Jenis:
Awam
Naib canselor:
Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed
Pelajar:
297
Lokasi:
Kelantan, Malaysia
Kampus:
Kampus sementara di Pengkalan Chepa
Laman sesawang:
http://www.umk.edu.my














Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan (Inggeris: University of Malaysia Kelantan) (UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai tiga buah fakulti dan satu pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.

Buat masa ini, UMK menumpang di Institut Perguruan Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan. Kampus utama UMK akan terletak di Bachok, manakala kampus cawangannya terletak di Jeli. Kedua-dua kampus tersebut masih dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2008.

Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri, pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.

Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Menjelang Julai 2010, Universiti Malaysia Kelantan dijangka mampu menampung seramai 2,160 pelajar di samping 135 orang kakitangan akademik serta 148 orang kakitangan bukan akademik.

Fakulti
• Fakulti Agro-Industri dan Sumber Asli
• Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
• Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
• Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan

Universiti Darul Iman Malaysia


Moto:
Ilmu Demi Faedah Insan "Knowledge for the Benefit of Humanity"
Ditubuhkan pada:
2005
Jenis:
Awam
Naib canselor:
Prof. Dato’ Dr. Alias Daud
Lokasi:
Kuala Terengganu, Malaysia
Kampus:
Kampus di Besut, KUSZA dan Kuala Terengganu
Laman sesawang:
http://www.udm.edu.my/

Universiti Darul Iman Malaysia terletak di negeri Terengganu. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-18 dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah menjadi salah sebuah kampusnya. Walaupun masih baru, namun universiti ini telah berpengalaman dalam menguruskan program diploma dan ijazah sarjana muda melalui Kampus KUSZA sejak tahun 1980-an

UDM setakat ini mempunyai dua kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus KUSZA. Sebuah kampus lagi, iaitu Kampus Besut dijangka beroperasi beberapa tahun lagi.

Senarai kampus UDM
Kampus Kota
• Status : Kampus Cawangan
• Lokasi : Batu Burok, Kuala Terengganu (di hadapan Hospital Sultanah Zahirah)
• Niche : Perubatan dan Sains Kesihatan
• Fakulti terbabit :
1. Fakulti Perubatan dan kesihatan

Kampus KUSZA
• Status : Kampus Cawangan
• Nama Penuh : Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin
• Lokasi : Gong Badak, Kuala Terengganu.
• Niche : Pengurusan dan Kontemporari
• Fakulti Terbabit :
1. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
2. Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
3. Fakulti Bahasa dan komunikasi
4. Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa

Kampus Besut
• Status : Kampus Induk
• Lokasi : Taman Ilmu Terengganu, Tembila, Besut
• Niche : Sains dan Teknologi
• Fakulti Terbabit :
1. Fakulti Pertanian dan Bioteknologi
2. Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi
3. Fakulti Informatik

Program-program yang ditawarkan di UDM
Program diploma:
• Diploma Pengajian Islam (syariah)
• Diploma Pengajian Islam (usuluddin)
• Diploma Pengajian Islam (bahasa dan kesusasteraan arab)
• Diploma Pengajian Islam (dakwah)
• Diploma Pengajian Islam (al-Quran dan as-sunnah)
• Diploma Pengajian Islam (sejarah dan tamadun Islam)
• Diploma Pengajian Islam (pentadbiran Islam)
• Diploma Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat
• Diploma Perdagangan Antarabangsa
• Diploma Pemasaran
• Diploma Perakaunan
• Diploma Pengurusan Sumber Manusia
• Diploma Pengajian Bank
• Diploma Pengajian Insurans
• Diploma Undang-undang
• Diploma Teknologi Maklumat
• Diploma Teknologi Multimedia
• Diploma Teknologi Pembuatan
• Diploma Rekabentuk Perindustrian
• Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
• Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan
• Diploma Sains Kejururawatan
• Diploma Radiografi
• Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Program Ijazah Sarjana Muda (Bachelor):
• Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (dakwah dan antropologi)
• Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (pembangunan perisian)
• Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
• Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (kewangan Islam)
• Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (syariah)
• Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (dakwah)
• Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (usuluddin)
• Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (usuluddin dengan kaunseling)
• Ijazah sarjana Muda Pendidikan Islam
• Ijazah Sarjana Muda Undang-undang
• Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris
• Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan
• Ijazah Sarjana Muda Sains Produksi dan Kesihatan Haiwan
• Ijazah sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian

Program Ijazah Sarjana (secara penyelidikan)- Master
• Ijazah Sarjana Pengurusan (insurans)
• Ijazah Sarjana Pengurusan (risiko)
• Ijazah Sarjana Pengurusan (perbankan)
• Ijazah Sarjana Pengurusan (kewangan)
• Ijazah Sarjana Sains (bioteknologi sel haiwan)
• Ijazah Sarjana Sains (bioinformatik)
• Ijazah Sarjana Sains (kultur tisu tumbuhan)
• Ijazah Sarjana Sains (biologi molekul tumbuhan)
• Ijazah Sarjana Sains (taksonomi tumbuhan)
• Ijazah Sarjana Sains (sains herba dan sebatian semula jadi)
• Ijazah Sarjana Sains (bioteknologi perubatan)
• Ijazah Sarjana Sains (diagnostik molekul)
• Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (antropologi)
• Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (sosiologi)
• Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (pembangunan komuniti)
• Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (pengajian gender)
• Ijazah Sarjana Pengajian Islam (syariah)
• Ijazah Sarjana Pengajian Islam (usuluddin)
• Ijazah Sarjana Pengajian Islam (hadis)
• Ijazah Sarjana Pengajian Islam (pengajian Arab dan tamadun Islam)

Program Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (secara penyelidikan) [Ph.D]:
• Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (bioteknologi sel haiwan)
• Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (bioinformatik)
• Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (kultur tisu tumbuhan)
• Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (biologi molekul)
• Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (taksonomi tumbuhan)
• Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (sains herba dan sebatian semula jadi)
• Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (bioteknologi perubatan)
• Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (diagnostik molekul)
• Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (antropologi)
• Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (sosiologi)
• Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (pembangunan komuniti)
• Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (pengajian gender)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Moto:
Taman Ilmu dan Budi "The Garden of Knowledge and Virtue"
Ditubuhkan pada:
1983
Jenis:
Kerajaan
Presiden:
Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid
Rektor:
Prof. Dato' Dr. Syed Arabi Idid Syed Abdullah Aidid
Lokasi:
Kuala Lumpur, Malaysia
Kampus:
Gombak (kampus utama),
Petaling Jaya (kampus matrikulasi), dan
kampus di Kuantan.
Laman sesawang:
www.iium.edu.my

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.

Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Kuala Lumpur. Pusat Asasi UIAM terletak di Petaling Jaya, Selangor dan di Nilai, Negeri Sembilan. UIAM mempunyai 10 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.