Friday

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu :
• Universiti Malaya (UM)
• Universiti Sains Malaysia (USM)
• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
• Universiti Utara Malaysia (UUM)
• Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
• Universiti Malaysia Sabah (UMS)
• Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
• Universiti Teknologi MARA (UiTM)
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
• Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
• Universiti Malaysia Pahang (UMP)
• Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
• Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
• Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
• Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
• Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
• Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

No comments:

Post a Comment