Friday

Objektif

• Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.

• Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.

• Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dan 30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf denganya.

• Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

• Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan menarik pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah

• Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi kepada 40% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional

• Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti dan 70% oleh kerajaan.

• Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan yang terbaik digunakan di peringkat antarabangsa

• Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

• Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.

No comments:

Post a Comment