Tuesday

Universiti Malaysia Perlis


Moto:
"Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan"
Ditubuhkan pada:
2001
Jenis:
Awam
Canselor:
Raja Muda Perlis - Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Naib canselor:
Kol. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin
Lokasi:
Kangar dan Arau, Perlis, Malaysia
Kampus:
Kampus utama di Kubang Gajah, Arau
Laman sesawang:
www.unimap.edu.my

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan. Sebelum ini universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (bahasa Inggeris: Northern Malaysia University College of Engineering).

Universiti Malaysia Perlis ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-17 pada 25 Julai 2001.Aktiviti dan pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Rektor dan Timbalan Rektor pada 16 Februari 2002.

Pada 2 Mei 2002 UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis dan telah menerima pelajar sulung bagi sesi akademik 2002/2003 seramai 116 orang pada 20 Jun 2002.

Mulai 1 Februari 2007 KUKUM telah menukar namanya ke UniMAP.

Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh ,Perlis seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh berdekatan Padang Besar seluas lebih kurang 300 ekar.Kampus sementara kini beroperasi di Kubang Gajah , Jejawi , Automart(Kuala Perlis), Taman Muhibbah , Bangunan KWSP Kangar, Dewan Kapitol, Kangar manakala Kolej Kediaman adalah di Kampong Wai, Senerang Ramai, Taman Semarak, Wang Ulu dan Taman Aman.

Canselor UniMAP yang pertama adalah Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dilantik pda 1 September 2003.Rektor pertama UniMAP ialah Kol. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin manakala Timbalan Rektor UniMAP ialah Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff. Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UniMAP ialah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain.

Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara lab-intensive bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf.

Anjung UniMAP
Anjung UniMAP adalah pejabat perwakilan UniMAP yang pertama beroperasi di luar kampus induknya yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan. Anjung KUKUM berperanan sebagai Pusat Komunikasi Setempat (One Stop Communications Centre).

Penubuhan Anjung UniMAP telah diputuskan melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali ke 6 yang bermesyuarat pada 7 September 2004 yang melihat kepada kepentingan dan keperluan UniMAP mempunyai sebuah pejabat perwakilan di bandaraya Kuala Lumpur.

Anjung UniMAP mula beroperasi pada 1 April 2005. Bandaraya kosmopolitan Kuala Lumpur dipilih bagi lokasi Anjung UniMAP kerana kedudukan yang strategik, berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas.

Ia menjadi pusat tumpuan bagi segala kegiatan khususnya di dalam bidang politik, pendidikan, penyelidikan, ekonomi, hubungan pengantarabangsaan, pelancongan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya.

Jurusan Yang Ditawarkan
Sehingga kini UniMAP menawarkan 20 jurusan Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan kejuruteraan dan 2 jurusan berkaitan perniagaan. Jurusan-jurusan tersebut ialah:
• Pusat Pengajian Mikroelektronik
1. Kejuruteraan Mikroelektronik
2. Kejuruteraan Elektronik
3. Kejuruteraan Fotonik

• Pusat Pengajian Komputer dan Perhubungan
1. Kejuruteraan Komputer
2. Kejuruteraan Perhubungan
3. Kejuruteraan Rangkaian Komputer

• Pusat Pengajian Mekatronik
1. Kejuruteraan Mekatronik
2. Kejuruteraan Mekanikal
3. Kejuruteraan Elektronik Perubatan

• Pusat Pengajian Sistem Elektrik
1. Kejuruteraan Sistem Elektrik
2. Kejuruteraan Elektronik Industri

• Pusat Pengajian Pembuatan
1. Kejuruteraan embuatan
2. Kejuruteraan Rekabentuk Produk

• Pusat Pengajian Bahan
1. Kejuruteraan Bahan
2. Kejuruteraan Metalurgi
3. Kejuruteraan Polimer

• Pusat Pengajian Bioproses
1. Kejuruteraan Bioproses
2. Kejuruteraan Biosistem

• Pusat Pengajian Alam Sekitar
1. Kejuruteraan Alam Sekitar
2. Kejuruteraan Bangunan

• Pusat Pengajian Perniagaan
1. Perniagaan Antarabngsa
2. Keusahawanan Kejuruteraan

UniMAP juga menawarkan jurusan kejuruteraan peringkat diploma,Sarjana dan Doktor Falsafah iaitu:
1. Doktor Falsafah
• Sarjana Sains
1. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mikroelektronik)
2. Sarjana Sains (Kejuruteraan Komputer)
3. Sarjana Sains (Kejuruteraan Perhubungan)
4. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekatronik)
5. Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal)
6. Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektronik Pembuatan)
7. Sarjana Sains (Kejuruteraan Pembuatan)
8. Sarjana Sains (Kejuruteraan Rekabentuk Produk)
9. Sarjana Sains (Kejuruteraan Sistem Elektrik)
10. Sarjana Sains (Kejuruteraan Bahan)
11. Sarjana Sains (Kejuruteraan BIoproses)
12. Sarjana Sains (Kejuruteraan Alam Sekitar)
13. Sarjana Sains (Kejuruteraan Polimer)

• Diploma Kejuruteraan
1. Kejuruteraan Mikroelektronik
2. Kejuruteraan Komputer
3. Kejuruteraan Mekatronik
4. Kejuruteraan Elektrik
5. Kejuruteraan Pembuatan
6. Kejuruteraan Metalurgi

Kolej Kediaman
1. KKA - Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman, terletak di Taman Aman, Kangar
2. KKB - Kolej Kediaman Tun Abdul Razak, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
3. KKC - Kolej Kediaman Tun Hussein Onn, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
4. KKD - Kolej Kediaman Tun Dr. Mahathir, terletak di Kg. Wai, Kuala Perlis
5. KKE - Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, terletak di Taman Semarak, Kuala Perlis
6. KKF - Kolej Kediaman Tun Ghaffar Baba terletak di Seberang Ramai, Kuala Perlis
7. KKG - Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani, terletak di Wang Ulu

Institut
• Institut Matematik Kejuruteraan
• Institut Kejuruteraan Nano Elektronik

Pusat Pemantapan Akademik
• Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan
• Pusat Kerjasama Industri
• Pusat Kejuruteraan
• Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi
• Perpustakaan
• Unit Pengajaran & Pembelajaran

Jabatan
Di Universiti Malaysia Perlis, terdapat tujuh jabatan utama yang menjalankan tugas dalam memastikan kelancaran pengurusan dan pentadbiran universiti ini. Jabatan – jabatan tersebut ialah Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Jabatan Perpustakaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pembangunan dan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

No comments:

Post a Comment