Tuesday

Universiti Malaysia Pahang


Moto:
Technology Engineering Creativity
Ditubuhkan pada:
16 Februari 2002
Jenis:
Universiti Awam
Canselor:
KYDM Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah
Naib canselor:
YH Profesor Dato' DR. Daing Mohd Nasir bin Daing Ibrahim
Pelajar:
6000 siswazah(sekurang-kurangnya)
Lokasi:
Kuantan, Pahang, Malaysia
Kampus:
Gambang
Nama singkatan:
UMP
Penggabungan:
ASAIHL
Laman sesawang:
http://www.ump.edu.my/

Universiti Malaysia Pahang (Inggeris: University of Malaysia Pahang) (UMP) merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Dahulunya universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia(KUKTEM).

Sejarah
Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM. KUKTEM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-16 yang diwartakan pada 16 Februari 2002 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Atas arahan Kementerian Pendidikan, kampus UTM-KCP telah diambil alih dan dijadikan kampus sementara KUKTEM pada 1 Mei 2002 dan memulakan Sesi Akademik 2002/2003 dengan mengambil seramai 307 orang pelajar pada 30 Mei 2002.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.

Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Walaupun telah bertukar nama, bidang fokus utama universiti dan program pengajian serta enrolmen tidak berubah mengikut matlamat tujuan penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pelajar. UMP turut mengekalkan bidang-bidang yang difokuskan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .

Fakulti
1. Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
2. Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian
3. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
4. Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
5. Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam
6. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi
7. Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Pusat Kecemerlangan
1. Pusat Pengajian Bahasa Moden & Sains Manusia
2. Pusat Pengurusan Teknologi

Kampus Tetap
Lokasi kampus tetap UMP terletak kira-kira empat kilometer dari Kuala Pahang, 7 kilometer dari Bandar Pekan dan 40 kilometer dari Bandar Kuantan. Kedudukannya yang bersebelahan dengan Lagenda Golf Country Club merupakan lokasi yang sesuai dalam suasana santai di pesisir pantai.

Cadangan pembangunannya di atas tanah yang berkeluasan 745 ekar dilakukan secara dua fasa. Kampus tetap UMP dijangka siap pada tahun 2012.

Pada sesi pembelajaran 2009/2010, dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah memulakan pembelajarannya di kampus tetap ini pada minggu ketiga semester. Pembangunan bagi asrama dan bangunan yang lain masih didalam perancangan dan pembangunan

No comments:

Post a Comment