Tuesday

Universiti Malaysia Terengganu

Moto:
Penjelajahan Seluas Lautan (Ocean Of Discoveries)
Ditubuhkan pada:
•1979 (Pusat Perikanan dan Sains Marin Universiti Putra Malaysia (UPM)),
•1999 (Kolej Universiti Terengganu, KUT),
•2000 (Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, KUSTEM),
•2007 (Universiti Malaysia Terengganu, UMT)
Jenis:
Awam
Canselor:
DYMM Tuanku Nur Zahirah, Raja Permaisuri Agong Malaysia dan Sultanah Terengganu Darul Iman
Naib canselor:
Prof. Dato' Dr. Sulaiman bin Md Yassin
Fakulti:
•Fakulti Sains dan Teknologi
•Fakulti Pengurusan Ekonomi
•Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan
•Fakulti Pengurusan Maritim dan Sains Marin, FMSM
Lokasi:
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Laman sesawang:
http://www.umt.edu.my

Universiti Malaysia Terengganu (Inggeris: University Malaysia Terengganu) (UMT), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, KUSTEM ditubuhkan pada 1 Februari 2007.

Nama
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah.

Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate).

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus Bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001.

Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM.

Pada 1 februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM) telah dinaik tarafkan kepada universiti penuh bernama Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Pembentukan
Pusat Perikanan dan Sains Marin memulakan operasi pada 1979 untuk menjaga kemudahan latihan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kepada pelajar Perikanan dan Sains Marin. Pada Jun 1996, terdapat satu rangka dalaman dibentuk, UPM menaiktarafkan Pusat untuk menjadi kampus utama dan memindahkan Fakulti Perikanan dan Sains Marin Terengganu. Pusat ini kemudian dinamakan sebagai Fakulti Aplikasi Sains dan Teknologi. Tambahan pula, Fakulti Sains dan Seni Profesional dan Pusat Matrikulasi diletakkan di kampus utama yang mana ia kemudian dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia Terengganu (UPMT).

Selepas lima tahun penubuhan, UPMT menghadapi transformasi dari kampus utama kepada sebuah institusi awam yang memiliki kejayaan tinggi dengan menawarkan pendidikan bertaraf tinggi melalui program siswazah dan pelajar sarjana yang melibatkan Kajian dan Pembangunan dalam bidang Sains Maritim dan Teknologi, dan Sains Pertahanan dan Pengurusan.

Fakulti
Fakulti di Universiti Malaysia Terengganu terdiri daripada empat fakulti, iaitu;
• Fakulti Sains dan Teknologi
• Fakulti Pengurusan Ekonomi
• Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan
• Fakulti Pengurusan Maritim dan Sains Marin

Visi
Menjadi institusi penjana, penyebar dan pengaplikasi ilmu berinovatif serta pemangkin kepada pembangunan insan progresif dan persekitaran mapan.[sunting] Misi
Memacu bidang sains, teknologi dan pengurusan sumber alam melalui penjanaan program pengajian dan penyelidikan cemerlang ke arah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan negara

Fungsi
1. Menyokong misi universiti untuk menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang terulung dalam menyumbang kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu dan juga kepada pembentukan kekayaan serta pembangunan negara.
2. Menyediakan tenaga kerja terlatih yang mempunyai kemahiran profesional yang tinggi dan diperkukuhkan dengan pendisiplin diri serta membentuk ciri-ciri murni dan etika kerja yang positif.
3. Melahirkan graduan yang peka kepada idea dalam pengurusan dan responsif kepada perubahan semasa serta menjadi 'role-model' kepada pelajar dan masyarakat.
4. Memberi khidmat melalui penyebaran idea dan amalan baru serta mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dalam masyarakat.
5. Menjalin hubungan antara universiti, institusi-institusi lain, dan industri demi kepentingan bersama dan pembangunan negara.
6. Menyokong misi universiti untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan dan pembelajaran yang teratur di samping menyediakan perkhidmatan yang baik dan penerokaan dalam pelbagai teknologi yang baru.

Objektif
• Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, dan Pengurusan Sumber Alam melalui penyelidikan.
• Menyediakan kemudahan terkini (makmal, perpustakaan, pengkomputeran dan persekitaran) sebagai menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan.
• Menawarkan program pengajian yang cemerlang untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.
• Menghasilkan graduan yang bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan dan berketrampilan.
• Memainkan peranan aktif dalam pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan melalui perkhidmatan pengembangan kepada masyarakat setempat dan kawasan Pantai Timur Semenanjung dan Malaysia, amnya.

Canselor
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah D.M.N., D.K.., S.S.M.Z., S.S.M.T. (Raja Permaisuri Agong Malaysia dan Sultanah Terengganu Darul Iman)

No comments:

Post a Comment