Friday

Universiti Malaya

Moto:
Ilmu Puncha Kemajuan "Knowledge is the Key to Progress"
Ditubuhkan pada:
1949
Jenis:
Awam
Canselor:
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Naib canselor:
Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon
Lokasi:
Kuala Lumpur, Malaysia
Penggabungan:
ASAIHL, ASEAN University Network
Laman sesawang:
www.um.edu.my

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.

Sejarah
Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya

Evolusi Universiti Malaya
Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Senarai fakulti, pusat dan akademi
• Fakulti Alam Bina
• Fakulti Sains
• Fakulti Kejuruteraan
• Fakulti Pergigian
• Fakulti Pendidikan
• Fakulti Sastera dan Sains Sosial
• Fakulti Perubatan
• Fakulti Bahasa dan Linguistik
• Fakulti Undang-undang
• Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
• Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
• Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat[1]
• Akademi Pengajian Melayu
• Akademi Pengajian Islam
• Pusat Sukan[2]
• Pusat Kebudayaan
• Pusat Dialog Peradaban
• Pusat Penyambungan Pendidikan (UMCCed)
• Pusat Asasi Sains
• Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya
• Pusat Penyelidikan Bioteknologi Agrikultur (CEBAR)
• Institut Penyelidikan, Pengurusan dan Syarikat (IPPP)
• Institut Pengajian Pasca Siswazah
• Institut Asia-Eropah
• Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA)
• Institut Pengajian Kepengetuaan
• Institut Pengajian China (ICSUM)

No comments:

Post a Comment