Tuesday

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Moto:
Taman Ilmu dan Budi "The Garden of Knowledge and Virtue"
Ditubuhkan pada:
1983
Jenis:
Kerajaan
Presiden:
Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid
Rektor:
Prof. Dato' Dr. Syed Arabi Idid Syed Abdullah Aidid
Lokasi:
Kuala Lumpur, Malaysia
Kampus:
Gombak (kampus utama),
Petaling Jaya (kampus matrikulasi), dan
kampus di Kuantan.
Laman sesawang:
www.iium.edu.my

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.

Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Kuala Lumpur. Pusat Asasi UIAM terletak di Petaling Jaya, Selangor dan di Nilai, Negeri Sembilan. UIAM mempunyai 10 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment