Tuesday

Universiti Sains Islam Malaysia


Moto:
Berilmu, Berdisiplin Dan Bertakwa "Knowledgeable, Disciplined and Devout"
Ditubuhkan pada:
1998
Jenis:
Awam
Canselor:
DYMM Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Tuanku Ampuan Negeri Sembilan
Naib canselor:
Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin
Lokasi:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Kampus:
Kampus induk di Nilai
Kampus cawangan di Pandan Indah, Kuala Lumpur
Laman sesawang: http://www.usim.edu.my

Universiti Sains Islam Malaysia (Inggeris:Islamic Science University of Malaysia; dahulu dikenali: Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia.

KUIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan penubuhan KUIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Fakulti
Kini USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:
• Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
• Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP)
• Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
• Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
• Fakulti Sains & Teknologi (FST)
• Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
• Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
• Fakulti Pergigian (FPg)

Selain itu, USIM juga memberikan tumpuan utama kepada pengajian peringkat siswazah. Adalah dirancangkan 40 peratus daripada enrolmen pelajarnya ialah calon-calon pascasiswazah. Ini bermakna selain daripada tanggungjawab mendidik, USIM juga menjadi institusi penyelidikan yang utama sebagai teras pengukuhan bidang pengajiannya.

No comments:

Post a Comment