Tuesday

Universiti Putra Malaysia


Moto:
Berilmu Berbakti "With Knowledge We Serve"
Ditubuhkan pada:
1971
Jenis:
Awam
Canselor:
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Sultan Selangor
Naib canselor:
Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah
Lokasi:
Serdang, Selangor, Malaysia
Kampus:
Kampus utama di Serdang
Kampus cawangan di Bintulu
Penggabungan:
ASAIHL
Laman sesawang:
www.upm.edu.my

Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan dan terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 80-an, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi.

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.

UPM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".

Perkembangan UPM
Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 di Serdang, Selangor dengan tiga fakulti asas iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Kedoktoran Veterinar dan juga Bahagian Sains Asasi. Kini UPM menawarkan 73 program Sarjana Muda, 8 program Diploma termasuk program-program diploma yang ditawarkan di Kampus UPM Cawangan Bintulu dan 12 program pengajian siswazah di peringkat sarjana (M.Sc./M.A.) dan falsafah kedoktoran (Ph.D.) Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 15 fakulti, 8 pusat, 6 institut, 2 sekolah, 2 akademi, sebuah taman dan sebuah kampus cawangan iaitu:

Senarai fakulti
• Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
• Fakulti Ekologi Manusia
• Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
• Fakulti Kejuruteraan
• Fakulti Pengajian Pendidikan
• Fakulti Perhutanan
• Fakulti Pertanian
• Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
• Fakulti Perubatan Veterinar
• Fakulti Rekabentuk dan Senibina
• Fakulti Sains
• Fakulti Pengajian Alam Sekitar
• Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
• Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi
• Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (Kampus Bintulu)
• Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan (Kampus Bintulu)

Senarai pusat

• Pusat Islam
• Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
• Pusat Pemajuan Profesional (PACE)
• Pusat Pembangunan Akademik
• Pusat Pembangunan Perniagaan
• Pusat Pendidikan Luar
• Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
• Pusat Perkhidmatan Kerjaya dan Alumni

Senarai institut

• Institut Biosains
• Institut Gerontologi
• Institut Multimedia
• Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA)
• Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)
• Institut Teknologi Maju (ITMA)
• Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM)

Senarai taman, sekolah dan akademi

• Taman Pertanian Universiti
• Sekolah Pengajian Siswazah
• Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan
• Akademi Hutan Hujan
• Akademi Sukan

UPM Kampus Bintulu, Sarawak
Antara kursus yang ditawarkan oleh UPM Kampus Bintulu adalah seperti berikut:
• Diploma Pertanian
• Diploma Perhutanan
• Diploma Kejuruteraan (kecemasan & keselamatan)- tidak lagi ditawarkan
• Diploma Perikanan
• Diploma Pengurusan Perniagaan- tidak lagi ditawarkan
• Bacelor Sains Bio Industri
• Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
• Diploma Pengurusan Perladangan Makanan

Logo
Logo UPM yang ringkas melambangkan tradisi, falsafah dan visi baru universiti.

Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.

Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan. Tiga garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM. Tiga garisan itu juga membawa maksud tiga fungsi utama Universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.

Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.

Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.

Konsep bentuk perisai ini diperkukuh lagi dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment