Monday

Universiti Sains Malaysia


Moto:
Kami Memimpin"We Lead"
Ditubuhkan pada:
1969
Jenis:
Awam
Canselor:
DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail
Naib canselor:
Profesor Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Lokasi:
Pulau Pinang, Malaysia
Kampus:
Kampus Utama (Minden, Pulau Pinang),
Kampus Kesihatan (Kubang Kerian, Kelantan),
Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
Penggabungan:
ASAIHL
Laman sesawang:
www.usm.my

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Minden, Pulau Pinang. Terdapat dua kampus lain iaitu satu di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan. USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006.[1] Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.

Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada empat universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.[2] Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah.[3] Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.

Sejarah













Pintu utama di kampus utama USM

USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera.[4]
Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga, mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.

Kampus
Di samping kampus utama terletak di Minden, USM mempunyai dua kampus lain; Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal, Seberang Perai dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan.

Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Ogos 1983. Kampus ini berkembang setelah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dipindahkan dari kampus induk ke lokasi sekarang seluas 72.84 hektar.

Keseluruhan PPSP berpindah dari kampus induk pada Jun 1990. Setelah itu, dua buah pusat pengajian baru ditubuhkan iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK).
Kampus Kejuruteraan yang juga asalnya terletak di kampus induk sebelum dipindahkan ke Tronoh, Negeri Perak, berpindah ke Nibong Tebal pada 1997 secara berperingkat-peringkat. Tapak itu kini digunakan oleh Universiti Teknologi Petronas.

Penyelidikan










Dewan Tuanku Syed Putra. Auditorium utama USM, terletak di kampus utama Pulau Pinang

USM menawarkan kemudahan yang cemerlang bagi menjayakan penyelidikan dan pendidikan sama ada penyelidikan tempatan ataupun luar negeri. Tugas universiti ini mengutamakan pengajaran, penyelidikan, dan pengelolaan, yang mana ia memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia dan kapasiti bangunan, pengetahuan dan industri yang kompetitif. Tujuan utama R&D ialah memfokuskan kepada minat dalam pencapaian akademik dan kerelevanan latihan. IRPA merupakan sumber penting kepada R&D di USM. Walau bagaimanapun, mengikut tahap penyelidikan, universiti menyediakan sejumlah dana untuk perbelanjaan operasi tahunan seperti latihan insentif dan penyelidikan jangka pendek. Dana tambahan sering merujuk kepada penyelidikan besar, anugerah, dan perundingan yang dimenangi oleh anggota kakitangan akademik.

Kawasan penyelidikan
Kawasan penyelidikan merupakan kekuatan istimewa di USM yang melibatkan persekitaran yang bertemakan sains, budaya, perubatan dan farmasi, pemprosesan bahasa semula jadi dan bantuan terjemahan komputer, teknologi maklumat, teknologi makanan, sains polimer dan teknologi,sains kaji otak,saraf dan minda(neurosains) bioteknologi, pendidikan jarak jauh, sistem informasi geografikal, struktur analisis, sains bahan, kejuruteraan, permukaan kimia, dan visi robotik. Pulau Pinang mempunyai kemudahan penyelidikan yang cemerlang untuk pencarian usaha sama, yang meliputi pencemaran pantai, ekosistem bakau, dan pengairan marin.

Pendidikan













Pejabat antarabangsa USM

USM menawarkan tiga jenis cara belajar melalui program graduasi, melalui penyelidikan, ataupun kombinasi antara kerja khusus dan penyelidikan, ataupun kerja khusus. Pada 2007, terdapat 6,687 pelajar dari pelbagai program pendidikan pada tahap sarjana dan kedoktoran. Sebanyak 1,424 daripada mereka merupakan penuntut luar negeri daripada lebih 40 buah negara.[3] Majoriti penuntut luar negeri berasal dari Asia Tenggara.

Prasiswazah
Semua pelajar prasiswazah program ijazah di USM memerlukan minimum tempoh belajar sepenuh masa selama tiga tahun. Ijazah kejuruteraan, sains kesihatan, farmasi, perubatan, dan pergigian memerlukan minimum tempoh belajar selama 4-5 tahun. Kebanyakan prasiswazah diajar dalam Bahasa Malaysia tetapi golongan prasiswazah yang baru diajar dalam Bahasa Inggeris, terutama kursus melibatkan sains. Pelajar antarabangsa akan ditunjukkan tahap kemahiran bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) untuk memenuhi kriteria kemasukan pelajar.

Program kursus lain
USM menawarkan program kursus khas untuk pelajar luar negeri, dan mereka boleh mengambil satu atau dua semester. Para pelajar akan ditimbangkan sebagaimana pelajar sepenuh masa dan akan menikmati kelebihan dalam akademik mahupun kemudahan fizikal. Universiti dan komuniti akan memberikan kelebihan yang sama-rata walaupun berbeza budaya untuk menjadikan ia sesuai dalam peringkat antarabangsa.

USM juga mempunyai pelbagai pusat pengajian. Ia ditubuhkan pada 1971 untuk memberi peluang kepada seorang dewasa yang bekerja untuk memperoleh kelayakan daripada universiti ini. Kebanyakan pelajar mampu membahagikan masa antara kursus graduasi dan waktu bekerja. Ia mempunyai empat program graduasi untuk dipelajari seperti Ijazah Sains, Ijazah Sains Sosial, Ijazah Seni, dan Ijazah Pengurusan.

Pusat pengajian















Kampus Matematik dan Sains Komputer USM

Pusat Pengajian Berdasarkan Teknologi
• Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
• Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
• Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
• Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
• Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
• Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
• Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
• Pusat Pengajian Teknologi Industri
• Pusat Pengajian Sains Perubatan
• Pusat Pengajian Sains Pergigian
• Pusat Pengajian Sains Kesihatan
• Pusat Pengajian Sains Farmasi

Pusat Pengajian Seni Liberal
• Pusat Pengajian Seni
• Pusat Pengajian Komunikasi
• Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
• Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
• Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
• Pusat Pengajian Pengurusan

Pusat Pengajian Sains Tulen
• Pusat Pengajian Sains Kajihayat
• Pusat Pengajian Sains Kimia
• Pusat Pengajian Sains Matematik
• Pusat Pengajian Sains Komputer
• Pusat Pengajian Fizik

Pusat Pengajian Sains Perubatan
• Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

Aktiviti di USM













Padang bola sepak di kampus utama USM

USM mempunyai kemudahan kepada pelajar seperti penginapan, sukan, dan aktiviti rekreasi. Universiti ini menawarkan asrama kepada sekurang-kurangnya 75% daripada bilangan keseluruhan pelajar. Tempat penginapan itu dikenali sebagai perkampungan pelajar atau asrama (Desasiswa), dan ia terletak berhampiran kawasan kampus. Kafeteria turut menawarkan harga berpatutan dan boleh ditemui di sekitar kawasan universiti.

USM menyediakan kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang badminton, gelanggang tenis, padang hoki, padang ragbi, padang sofbol, gelanggang skuasy, dan gelanggang bola keranjang. Aktiviti kebudayaan turut dijayakan di universiti ini.

Pada 2010, USM mencatat sejarah apabila pasukan bola sepaknya USM FC menjadi pasukan universiti pertama bermain dalam Liga Perdana Malaysia.

No comments:

Post a Comment